Perkhidmatam Yang Menyeluruh Anda cuma perlu menyediakan ruang dan kemudahan elektrik/air, dan kami akan menguruskan yang selebihnya. Kami akan memasang, menyelia, mengisi bahan mentah berserta membuat kutipan jualan dari peralatan vending.
Bergantung kepada situasi dan keperluan, anda boleh memberi subsidi secara penuh atau sebahagian daripadanya, ataupun dibayar yuran lokasi.
Pantri/Pengurusan Hidangan Kami menguruskan pantri dan/atau hidangan untuk organisasi dengan berfokuskan kepada peralatan vending. Perkhidmatan meliputi pengurusan peralatan vending, penjagaan stok dan kebersihan mesin. Jika perlu, termasuklah menempatkan kakitangan yang senantiasa menjaga keperluan hidangan anda.
Perkhidmatan Separa Ianya sama dengan perkhidmatan menyeluruh, kecuali anda yang akan menambah produk yang dibeli daripada kami dan mengambil kutipan jualan.
|