Atlas Vending mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam menyediakan penyelesaian hidangan. Pengalaman dan kebolehan kami inilah yang memberikan pelanggan kami keyakinan, sehingga memberi kepercayaan keperluan hidangan mereka kepada kami.
Atlas Vending mempunyai reputasi cemerlang berlandaskan kualiti dan perkhidmatan pelanggan. Kami menawarkan kelonggaran dan pilihan yang diiringi dengan mutu kualiti dan perkhidmatan yang tinggi. Masa bertindak kami adalah yang tersingkat sekali di dalam industri penyelesaian hidangan. Kami secara konsistennya telah dipilih sebagai penyedia penyelesaian hidangan kegemaran oleh pelanggan di Singapura, Malaysia dan Hong Kong.
Atlas Vending menawarkan pilihan hidangan yang luas begitu juga dengan peralatan vending. Tidak seperti kebanyakkan penyedia hidangan yang juga adalah pengeluar makanan/minuman utama, Atlas Vending menawarkan hidangan dari segenap jenama terkenal, agar anda tidak terbatas menikmati hidangan dari mana-mana pengeluar atau jenama.
Atlas Vending adalah peneraju di dalam innovasi penyelesaian hidangan. Kami adalah yang pertama memperkenalkan minuman cawan dengan ais, peralatan yang menawarkan kedua-dua snek dan minuman, espresso cappuccino dan minuman 'latte' segar dibuat daripada biji kopi.
|