Atlas Vending Group - Penyelesaian Hidangan, Peralatan Vending, Produk Hidangan Ringan, Pengeluaran Dan Penjualan Sirap
     
  Mengenai Kami  
 
   
Pengenalan
Nilai-Nilai Teras Kita
Jenama Kita
Polisi Persekitaran Kita
Komitmen Kami Kepada Pelanggan
Kerjaya
 
     
  Mengenai Kami  
     
 
Selamat Datang Ke Laman Web ATLAS VENDING.

Ditubuhkan semenjak 1980, Atlas Vending adalah peneraju penyelesaian vending yang menitik beratkan keperluan sajian pelanggan. Ia telah melakarkan tapak yang luas di rantau Asia Pasifik, dengan kehadiran pejabatnya di Singapura, Malaysia dan Hong Kong.

Antara ciri utama didalam pilihan sajian Atlas Vending ialah mesin atas meja yang moden dan mesin vending berdiri yang mengabungkan teknologi terkini. Dengan pilihan peralatan dan hidangan yang luas beserta jenama yang kukuh, ia disokong dengan tahap komitment yang tinggi.

Secara keseluruhan, Atlas Vending bercita- cita menjadi penyedia hidangan terunggul yang dapat memenuhi kehendak pelanggan, sama ada besar atau kecil. Ini termasuk operasi sewa dan jual mesin minuman atas meja dan peralatan berdiri, pengeluaran dan penjualan sirap sedia diminum, bantuan teknikal, kerja membaiki pulih peralatan vending dan mekanisme duit syiling serta khidmat nasihat bagi membuka operasi vending.

Atlas Vending telah terpilih untuk menerima Anugerah 50 Enterprise 2008. Anugerah itu diberi kepada 50 buah syarikat swasta tempatan yang terbaik di Singapura, bagi mengenang pencapaian dan sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi di Singapura dan luar negara.

Atlas Vending adalah ahli International Vending Alliance (IVA), rangkaian global penyedia hidangan ringan yang menerajui di dalam setiap negara yang di wakili. Rangkaian ini menawarkan kelebihan dari segi sebutharga dan tender di seluruh dunia. Sebagai contoh, syarikat multi-nasional yang mencari penyedia hidangan bagi pejabat mereka di serata dunia hanya perlu berurusan di bawah satu bumbung syarikat yang mewakili peneraju penyedia minuman.